• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

27 February 2009

Friday, February 27, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments



Taklimat Pemantapan Teknologi Pendidikan untuk Pengetua dan Guru Besar Daerah Rembau telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Rembau hasil gabungan PKG Rembau dan PKG Kota baru-baru ini. Taklimat berkaitan dengan PSS , Eduweb TV, ICT, Oracle ThinkQuest dan PBL telah disampaikan oleh pegawai – pegawai dari BTPN NSDK. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Rembau iaitu Datin Hjh. Naemah. Taklimat diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pentadbir sekolah tentang aplikasi teknologi pendidikan semasa yang akan dijalankan di sekolah-sekolah.

24 February 2009

LAWATAN KERJA KE PADANG DAN BUKIT TINGGI

Tuesday, February 24, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

Seramai 26 orang guru sekolah ahli PKG Rembau dan PKG Kota akan mengadakan lawatan kerja ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia pada 16 – 20 Mac 2009. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara BTPN NSDK dan PKG Daerah Rembau dengan warga pendidik di SMK N 2 Bukit Tinggi bagi bertukar-tukar pandangan dan idea. Apa yang diharapkan agar peserta lawatan dapat bertukar-tukar ilmu dan kemahiran diantara dua pihak pendidikan yang terlibat serta kesempatan yang ada digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di Padang dan Bukit Tinggi. Lawatan ini adalah kesinambungan dari lawatan yang lepas di mana kami telah mengadakan Program Jati Diri – Menuju Puncak Kinablau di Sabah yang berlangsung dengan jayanya…

14 February 2009

Renungan untuk semua

Saturday, February 14, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’
tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang
mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita
tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka
lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu
beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?Maka
untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam
kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la
kerja membantu teman-teman yang lain.Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat,
kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…Renungi lah, berapa orang kawan kita dan
berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…

Sekian

03 February 2009

Slide

Tuesday, February 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // No comments

PSS CEMERLANG - SK Undang Rembau

Tuesday, February 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments

Pusat Sumber SK Undang Rembau telah dianugerahkan sebagai PSS Cemerlang dalam anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Luar Bandar. Sekolah ini telah berjaya mengekalkan kegemilangan PSSnya sebanyak dua kali iaitu menjadi Naib Johan pada Tahun 2000, Johan pada Tahun 2001 dan seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila sekali lagi menjadi Johan PSS Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar pada Tahun 2006. Tahniah kepada semua warga SKUR.....

PBL & Oracle ThinkQuest

Tuesday, February 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments


Bengkel PBL bersambung lagi pada hari ini....3.02.09....pembentangan pada hari ini lebih menarik dan dihangatkan lagi dengan sessi soal jawab diantara JU dan para peserta bengkel yang membentangkan hasil perbengkelan masing-masing...jom join...



02 February 2009

Program Perkongsian Pintar KPM - PBL & ThinkQuest

Monday, February 02, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments

Bengkel Pendedahan Program Project Based Learning telah diadakan di BTPN NSDK kepada semua pegawai Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan. Bengkel yang bermula pada 2 Februari hingga 4 Februari 2009 ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua PTP PKG, bagi memudahkan mereka memberi pendedahan kepada sekolah ahli masing-masing. Semua pegawai PKG begitu tekun dan menunjukkan minat yang amat mendalam sepanjang program berlangsung. Tahniah kepada semua....